Apa itu FPX?

FPX merupakan satu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia yang diuruskan oleh Malaysian Electronik Payment System Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MEPS. Ia bakal menjadi elemen terpenting di dalam pembayaran secara ONLINE di Malaysia dalam masa terdekat ini. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment).

FPX boleh diumpamakan seperti gerbang pembayaran internet (Internet Payment Gateway) yang membolehkan pembayar menggunakan satu platform yang sama bagi pembayaran secara online bagi bank-bank yang berbeza.

Apakah jenis Bank yang telah menyertai FPX ini?

Pada masa ini terdapat sebanyak 6 buah bank-bank utama di Malaysia yang menyertai perlaksanaan FPX ini iaitu Bumiputra-Commerce Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, Public Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd dan Deutsche Bank AG.

03 5514 3400epay@mais.gov.my